Khamis, 25 Mac 2010

Pejuang Perlu Belajar

Inilah realiti Pejuang.Perjuangan Pejuang perlu terus ke hadapan.Pejuang perlu berjuang dengan cara belajar yang lebih giat kerana cabaran pada masa hadapan yang akan dihadapi Pejuang tiada siapa yang tahu.Pada fikiran Pejuang yang tidak seberapa,Pejuang rasa setakat musim ini sahajalah pertemuan Pejuang dengan pembaca sekalian,kerana perlu belajar menghadapi cabaran.Kisah silam sebagai pengajaran dan kenangan.Apa-apa di hadapan bukan harapan.Kerana itu Pejuang perlu ke hadapan.Jika tidak akan berlaku sesalan.Kerana menjadi keratan yang tiada sambungan.Kehidupan Pejuang perlu diubah.Apalah guna kulit menyerlah tiada isi berfaedah.Bagai anak baru lahir pening kita jika berlari.Begitulah jua perlu merangkak pada tempatnya juga larinya.Ingin menakluki segala,namun tangan bukanlah berjuta.Jika berjuta,susahlah ia.Membawa tangan merata.Pinggang yang stabil retak berjuta.Menanggung berat tangan yang ditanggung.
Tentu pembaca pening akan apa-apa yang dibaca kerana Pejuang sengaja menceritakan pemikiran Pejuang yang semakin serabut kerana pening dengan dunia maya yang banyak kecelaruan yang melalaikan Pejuang.Bagi Pejuang tentang dunia maya ini melalaikan Pejuang kerana Pejuang banyak menghabiskan dengan dunia mesej,dan komen di laman ruangan persahabatan serta komen-mengomen sejak awal tahun lepas.Serta Pejuang fikir Pejuang boleh mendalami duni blog,namun tidak termampu.
Oleh sebab hal yang demikian,Pejuang rasa parlu berhenti sebentar dalam dunia maya ini kerana peperiksaan yang akan dihadapi.
Maafkan Pejuang jika terdapat salah dan silap Pejuang.

Selamat belajar semua....

Ahad, 21 Mac 2010

Pejuang Belajar Sejarah Pensyariatan Hukum Fikh

Pengenalan awal tentang sejarah pensyariatan hukum fikh.مدخل لدراسة تاريخ الفقه الاسلامي
Makna sejarah:معنى التاريخ
Pejuang ingin menerang dari sudut bahasa Arab kerana Pejuang sendiri mempelajari ilmu ini dalam bahasa Arab agar terang apa-apa yang gelap dalam pemikiran Pejuang sendiri dan Pejuang harap pembaca juga dapat memahami akan isi kandungan yang Pejuang belajar.Seperti yang sedia maklum,Pejuang baru merangkak dalam dunia maya yang Pejuang sendiri ketinggalan zaman serta tidak pandai berbahasa seperti mana para blogger yang lain juga Pejuang adalah masih muda dalam bidang penterjemahan bahasa Arab kerana pengetahuan Pejuang tidak setanding pembaca-pembaca sekalian.
تاريخ مصدر من أرّخ وأصله تأريخ,سهلت الهمزة لسهولة النطق, و هو تعريف الوقت
Perkataan تاريخ adalah masdar(perkataan yang bermakna bahawa sesuatu yang terjadi berpunca daripadanya)daripada perkataan أرّخ-يؤرّخ-تأريخا "Arrakha-yuarrikhu-takrikhan"serta perkataan asal disebut تأريخ walaupun begitu,penyebutan تأريخ "ta'riikh" adalah sebutan yang payah disebut dalam bahasa lidah kaum Arab.Maka sebutannya dipermudah lalu jadilah ia perkataan تاريخ "taariikh"dengan menghilangkan fungsi huruf hamzah yan berada selepas huruf ta'.Perkataan تاريخ (sejarah)adalah bermaksud pengenalan waktu disisi bahasa Arab.

Telah bermula tarikh iaitu sejarah bagi umat Islam adalah pada penghijrahan Saidina Junjungan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam dan ditulis perjalanan sejarah Islam pada zaman Saidina Umar Radiallahu Anhu terus menerus serta jadilah ia sebagai sejarah hingga ke hari ini menurut Ibnu Manzur dalam Lissanul Arab.

Umat Islam telah mengambil pemikiran sejarah ini adalah dari pemikiran ahli kitab.Maka التاريخ للفقه الاسلامي sedikit berbeza kerana hal ini( التاريخ للفقه الاسلامي)adalah penerangan tentang waktu penurunan hukum fekah serta mengetahui akan setiap perkara yang berlaku pada sepanjang waktu kejadian yang membolehkan hukum syariat berlaku kerananya dan perkara ini berterusan hingga ke hari ini.

Pengenalan الفقه "Fikh"
الفقه لغة الفهم مطلقا,والعلم بالشئ Fikh dari segi bahasa adalah kefahaman secara mutlak serta mengetahui tentang sesuatu perkara.Maka ilmu syariah mempunyai pengelasan tertentu yang dikhaskan padanya kerana seseorang itu akan dikatakan fakih 'mengerti'disisi bahasa Arab apabila dia mengetahui akan hukum-hukum syariat Islam dan apabila bilangan mereka ramai dipanggil fukaha'.Begitulah juga jika seseorang itu faham akan perkara yang rumit serta faham akan segala objektif dan tujuan perkataan orang yang berkata-kata.





Akan bersambung dari segi istilah tak lama lagi.....